Tgh dok layan2 forum seram & gossip, ternampak tajuk di atas.. maka aku dgn gelojoh klik n nk tgk muke terbaru Edika Yusof.. mane2 yg x mengenali Edika Yusof, dia ni antara aktor yg terhensen zaman 90-an, antara lakonan dia yg plg aku ingt dlm filem XX-Ray arahan Aziz M Osman.

KL,11 NOV 2010: Murai Batu nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Detektif Stailista, Haswari Ali yang sudi berkongsi informasi dengan Murai Batu tentang berita dan foto eksklusif ini. Kepada yang masih mengenali wajah kacak ini, inilah dia bekas model dan pelakon berwajah Timur Tengah, Edika Yusof yang pernah menyerikan dunia hiburan tanah air di awal 90-an dulu. Kalau masih tak ingat lagi, sebelum ini Edika amat dikenali sebagai model Kingsway dan pernah beraksi menerusi filem XX Ray dan Maria Mariana. Tak sangka Murai Batu, Edika sekarang sudah berimej botak. Walaupun botak, Edika masih nampak kacak dan segak seperti dulu. Mungkin kalau ada yang mendekatinya untuk menjalani sesi fotografi, Murai Batu percaya, Edika masih menyerlah di hadapan lensa. Memang benar, ketika Detektif Stailista meminta untuk dirakamkan gambarnya yang ditemui di Islamic Feshion Festival (IFF) semalam, Edika sama sekali tidak menolak. Malah dijawab sapaan Detektif Stailista itu dengan dengan salam hormat dan cukup sopan. Dia juga sedar, sudah begitu lama dia meninggalkan dunia lakonan dan peragaan yang telah memperkenalkan dirinya sebagai aktor terhangat suatu masa dulu. Menerusi business card yang dilayangkan, Murai Batu difahamkan, Edika sekarang sibuk menguruskan syarikat percetakannya sendiri yang berpusat di Kepong. Tapi apa yang Edika buat pada majlis IFF? Mushkil juga Murai Batu. Yalah kalau nak dikatakan Edika membuat runway, tak juga. Adakah dia kini bergelar pereka fesyen,tak mungkin. Apa yang Murai Batu diberitahu oleh Detektif Stailista, dari mula acara sehinggalah berkahirnya pertunjukan fesyen, Edika tak habis mundar-mandir dari dalam dan luar Ballroom Mayangsari, Hotel J.W Marriot. Segak dengan sut serba hitam, Edika turut menjinjing papan kertas di tangannya sambil berlegar-legar di sekitar tetamu yang menghadiri pertunjukan fesyen bertemakan muslimah anjuran Dato Shah Reza yang juga merupakan seorang pelakon yang cukup aktif pada era 80-an dulu. Bagaimanapun Detektif Stailista berjanji untuk memberi tahu Murai Batu informasi selanjutkan mengenai Edika sekiranya berpeluang menemuramah jejaka berkenaan dalam masa terdekat. Mungkin ada rahsia yang Edika sorokkan selama ini. Murai Batu: Kasihan melihat nasib beberapa pereka fesyen tempatan yang kepenatan. Selesai saja M-IFW menjelma pula IFF. Terpaksalah bekerja keras kalau nak berjaya. credit to murai.com







No comments:
Post a Comment