Bizness ku

  • New Maxi Dress (Batch 2) - And also check out our new hotzz maxis dress... Some of it already sold for sure..bcos its HOTZZZ!!!... *BALLETO FIKRI MAXI (Batik) - RM95* *Color : Blue, B...
    13 years ago

Saturday, November 13, 2010

Disleksia Bukan Penghalang Saiful Nang

Ditulis oleh Nonie

Hanya dua tahun lepas, Mohamad Saiful Nang, 31, menyedari dirinya adalah salah seorang penghidap disleksia. Biarpun mengalami gangguan pembelajaran sejak kecil, pemenang Anugerah Asian Youth Ambassadors (AYA) 2010 ini tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Mula mengenal huruf pada usia 10 tahun bukanlah satu masalah yang besar kepada dirinya, apa yang penting adalah keupayaan diri untuk keluar daripada kepompong yang membelenggu hidupnya sekian lama.

“Saya tak pernah tahu saya menghidap disleksia selama ini. Puncanya bila Pusat Disleksia Seremban datang ke Rumah Pengasih Warga Prihatin untuk membuat tinjauan dan memberikan maklumat tentang ciri-ciri orang yang mengidap penyakit tersebut. Bila dibandingkan dengan keadaan saya sewaktu kecil dulu, banyak persamaan dan dari situ baru saya sedar.

“Saya agak lambat untuk menerima ilmu baru dan sukar membaca serta menulis waktu kecil. Selalunya saya akan menghafal setiap butir pembelajaran.

“Keadaan keluarga yang miskin membuatkan saya ikhtiar dan memaksa diri untuk belajar membaca dan syukur pada darjah empat, saya sudah mula pandai membaca dan menulis.

“Ibu selalu berpesan jangan jadi seperti dirinya yang tidak pandai membaca. Semangat ibu yang memperjuangkan hak pendidikan untuk kami adik beradik buatkan saya nekad untuk membawa keluarga keluar daripada kemiskinan,” ujar Saiful yang juga merupakan pengasas Rumah Pengasih Warga Penyayang (RPWP).

Buka Zoo dan Mini Hotel di Belakang Rumah

Kemenangan Saiful merupakan anugerah hasil daripada khidmat masyarakat yang disalurkan kepada RPWP. Walaupun sejak kecik Saiful telah melahirkan pelbagai idea unik untuk menjana pendapatan, namun kematangan hidup telah membuka dimensi baru kepada dirinya.

“Waktu kecil dulu saya pernah buka hotel mini bawah tanah dan akan kenakan cas RM0.20 sen seorang. Bukannya hotel betul pun, cuma laman belakang saya gali dan buatkan satu lubang untuk bermain di situ. Selepas itu, timbul idea untuk buat zoo di belakang rumah dan saya kumpulkan kucing, lipas dan banyak lagi di dalamnya untuk mencari duit poket.

“Jika waktu kecil saya lebih ke arah perniagaan kerana kemiskinan namun bila sudah dewasa, hati saya lebih kepada untuk berkhidmat kepada masyarakat. Keadaan ekonomi yang stabil membuatkan saya sedar seharusnya kanak-kanak yang susah ini dibantu. Dari situ saya tinggalkan hobi bermain golf dan salurkan lebihan wang kepada RPWP. Saya temukan kehidupan di sini,” ujar Pengarah Urusan CandidSyndrome ini.

Saiful diumumkan sebagai penerima anugerah Most Outstanding Youth of The Year dengan saingan hebat daripada Dalvinder Singh (Doktor), Ar. Sarly Adre Sarkum (Arkitek), Nicholas Liew Kuok Min (Pemilik Hotel) dan Wong Su Ann (Pemilik Palate Palette).

Sementara itu American Malaysian Chamber of Commerce/Malaysian-American Commission on Educational Exchange (AMCHAM/MACEE) diumum sebagai Youth Friendly Company of The Year 2010.

AYA Awards merupakan satu anugerah yang diadakan untuk memberi penghargaan kepada belia muda negara yang berjaya menunjukkan komitmen dan sifat kepimpinan kepada masyarakat secara amnya. Menurut pengasas AYA, Kenneth Chin, individu seharusnya diiktiraf dan dihargai semasa hayat, bukan setelah kehilangannya.

FOTO EHSAN DARI AYA

Mangga Online
(kredit to & info dr: teruja.info)

** Kejayaan Saiful Nang membuatkan aku rase bangga pd mereka2 penghidap disleksia... Sblm ni aku kerisauan yg amat2 sgt... takut Alif dislexic (dgn kata kasar org2 tua, Lembap).. tp aku x terima klu Alif dikatakan lembap.. NO!!.. anak aku bukan lembap, cume perlu lebih perhatian & aku perlu ajar dia dgn penuh psikologi.. aku yg kne byk sabar dlm mendidik anak2 aku..

2 comments:

  1. ohh diyer nie ker Saiful Nang..hiks amponnnn...

    yerlah kak..dalam mendidik anak2 kiter memang tak boleh berputus asa...kiter adalh siapa mereka dimasa hadapan...chaiyok kak,i know u can do it..!!

    ReplyDelete
  2. @shi3la ha.. dia ni la saiful nang.. leh kate dia femes la.. phographer yg bjaya la.. muda lagi (same umo ngn aku) kire aku muda la gak kan?? hik hik... tq for d support ye yang..

    ReplyDelete

My Love Forever...

My Love Forever...

ChaChot: we'v been married for

Daisypath Anniversary tickers

Mohamad Alif Naufal

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mohamad Nazhif Aisar

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Nurnafisah Wahida

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Family